Thursday, April 17, 2014

Nutriferon Shaklee - Kuatkan Sistem Imun Badan

Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan 
yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam 
badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954,
 iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan 
setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapa yg perlukan Nutriferon


1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, 
tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami
 serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap 
iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi 
badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu 
penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri 
dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan 
lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap 
yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti 
interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat.
 Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh
 immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon 
di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi 
dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan
 penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi 
yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada 
Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan
 melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. 
NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah
 dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak
 benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan
 mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada
 campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten 
dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja.
 Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan,
 NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi,
 dan prestasinya.

Nutriferon Shaklee

Tuesday, April 15, 2014

Set Anak Pintar

Jom Lahirkan anak pintar! Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif dan rajin belajar serta seronok membaca.

Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda. Namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam tahap perkembangan intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar


Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada “lemak baik” yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayan belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

 Lecithin
Lecitihin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neutrotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak

Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neutrotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran sihat.


Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat disamping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.


MealShakes Shaklee

Mengandungi Vitamin A,B,C,D,E yang diperlukan dan merupakan sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral yang perlu untuk nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

OmegaGuard Shaklee

Memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega tiga bergred farmaseutikal

Lecithin Shaklee

Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh

Vitamin C chewable Shaklee

Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan imun pertahanan tubuh secara semulajadi, didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C yang mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisap. Kajian menunjukkan vitamin C mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan.



Selain menjaga pemakanan anak anda, doa juga harus diamalkan :)







Berminat? Untuk sebarang pertanyaan/konsultansi boleh hubungi Ummi Ehsan  sms/whatsapp/call 017-8042509 :) Saya bersedia menerima pertanyaan anda!

Wednesday, April 9, 2014

Penapis Air Shaklee

Assalamualaikum... Salam 1Malaysia

Dapatkan Air yang bersih dengan Penapis Air Shaklee
Jom kita berkenalan dengan Penapis Air Shaklee...
Penapis Air Shaklee

Get Clean® Water Pitcher

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Sumber : http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_home.asp?prodcode=52114

Berminat jom sms @ Whatsapp @ call : 0138782069
erin @ ummiehsan
www.facebook.com/ummiehsanshop




BlogPingSite