Sunday, February 9, 2014

Vitamin Berpantang Shaklee

Assalamualaikum Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Alhmdulilh pagi ni ummi ehsan nak sambung lg post pasal set lepas bersalin / Berpantang

ok..bagi mummy ummi mama ibu yang masih tercari-cari set berpantang yang sesuai untuk lepas bersalin nanti...jom pertimbangkan vitamin berpantang Shaklee yang mampu milik ini ya..


1. Vitalea Iron Formula

-Vitamin dan multimineral yang penting untuk ibu
-Zat besi di dalam vitalea sangat penting dalam pembentukan darah merah & sesuai bagi ibu yang baru kehilangan banyak darah ketika bersalin

2. B-Complex

- Membantu menstabilkan hormone badan manusia
- Membantu kekal bertenaga dan emosi seimbang elakkan stress

3. Vitamin C

- Menguatkan antibody
- Membantu badan pulih dari proses kelahiran
- Baik untuk pemuliharaan luka

4. Zinc

- Membantu mempercepatkan proses membaiki luka
- Turut membantu proses tumbesaran bayi

Thursday, February 6, 2014

Kebaikan Vita-Lea Iron Formula Shaklee


VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE
Kenali Perbezaan  Vita-Lea Shaklee
  • Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahunboleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
**Anda ingin tahu supplemen apa yang sesuai untuk masalah kesihatan anda, dan ingin mendapat mendapatkan konsultasi Percuma dan membuat pesanan? Boleh hubungi saya, melalui sms/whatsapp:0178042509 atau fb, www.facebook.com/ummiehsanshop   www.wasap.my/60178042509

Kebaikan Zinc Complex Shaklee


APA itu ZINC ?
Zinc Complex Shaklee

Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.
Ramai yang tak perasan kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Sapa tak tau angkat tangan??? Jadi camne nak dapatkan zink ni? Badan kita tidak menghasilkan zink..jadi kita kena dapatkan zink dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.
SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit
KEBAIKAN Zinc Complex
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam
KESAN KEKURANGAN ZINC?
Ia menyebabkan
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
  • rambut gugur,
  • cirit-birit ,
  • mata dan kulit luka dan
  • hilang selera makan.
  • Kehilangan berat badan,
  • masalah dengan penyembuhan luka,
  • keupayaan untuk rasa makanan, dan
  • tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.
#These statement are not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any disease.



Pertanyaan ??
Hubungi saya  call/sms  017-8042509  www.wasap.my/60178042509 untuk maklumat lebih lanjut. Jom like www.facebook.com/ummiehsanshop  untuk mengetahui lebih banyak info dan tips !

Set Subur Shaklee

 
Vitamin Asas (Family Wellness Set):*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.
(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.
(2) Vita-Lea (Multivitamin) - Multivitamin lengkap dengan Iron formula, untuk keperluan badan.
(3) Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.
(4) B-Complex - Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.
 
Vitamin Kesuburan:
(5) Vitamin E & Selenium - Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.
(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.



Set-set pilihan untuk Set subur Shaklee :


Set Wanita
B Complex  - Mengandungi Asid Folik yang penting untuk hamil
GLA - Meningkatkan kesuburan dan kitaran haid
Vitalea  - Multivitamin yang penuh nutrisi
Alfalfa  - Untuk dalaman wanita

(GLA & Bcomp paling penting)


@ budget lebih tambah ESP Shaklee

Set Subur Shaklee Untuk Wanita




Set Lelaki
B Complex  - Memberi tenaga, perasaan tenang dan mengawal tekanan
Vitamin E  - Untuk menguatkan sperma
Vitalea - Multivitamin yang penuh nutrisi
Zinc - Untuk penghasilan sperma yang berkualiti

(Zinc dan Vit E paling penting)


@ budget lebih tambah COQhealth Shaklee



Set Subur Shaklee untuk lelaki


Jom dapatkan harga istimewa dengan saya

ummiehsan @ erin :0138782069
SID: 1089909

Sunday, February 2, 2014

Cara Pemakanan GLA Shaklee untuk Kesuburan

Assalamualaikum...

Hari ni nak sharing pasal cara makan GLA Shaklee untuk kesuburan pula...
sharing2 since ramai yang whatsapp tanya set subur Shaklee dan cara makan tu..dan untuk customer2 ummiehsan yang sedang guna set subur Shaklee..tima kasih semua

-Semua pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan anak untuk menyerikan kehidupan berkeluarga mereka tapi adakalanya cahaya mata yang dinanti-nanti masih tak kunjung tiba. Memanglah zuriat ini anugerah Allah tapi tak salah untuk kita berusaha. Banyakkan berdoa dan makan makanan yang berkhasiat. Salah satu usaha yang boleh dicuba ialah dengan mengamalkan set kesuburan Shaklee dan paling penting GLA Complex untuk wanita.
-Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.
-Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.
-GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida. Boleh juga tambah Energizing Soy Protein untuk menyihatkan sel-sel badan supaya badan mudah menerima segala nutrient2 yang kita ambil.
Baiklah, cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:
1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
    Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang 
    terbaik.
2. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
3. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13. Makan GLA Complex Shaklee 1biji lepas makan tengahari dan 1 biji selepas makan malam.

4. Bagi period yang tidak teratur pula : Makan GLA Complex Shaklee 1biji selang 8 jam setiap hari sehingga period teratur (kebiasaannya period akan teratur selepas 2-3 bulan mengamalkan makan GLA Complex Shaklee) bila period dah teratur ikut cara no.3 di atas. 
5. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
6. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
7. Jika tidak, ulangi proses tersebut.




Bagi period teratur, cara makan GLA ambil mulai hari pertama period hingga hari ke 13.  Hari ke-14 berhenti ambil GLA dan tunggu sehingga hamil/period yang seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA semula (hari 1-13 period sahaja).Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 

Bagi period tak teratur, cara makan GLA ambil sebiji selang 8 jam setiap hari sehingga period teratur (biasanya 2-3 bulan lepas amalkan GLA, period akan teratur). Bila period dah teratur, ikut cara atas. Selepas 14 hari, boleh buat upt. Kalau positif, stop makan. Kalau negatif, sambung makan pada next period. 

 
.
** GLA Compleks juga boleh mencantikkan kulit tau! belum cuba belum tau .. (^^,)

GLA-COMPLEX
#Jom baca juga tips merancang kehamilan & suplemen shaklee 
CALL@SMS@Whatsapp :0178042509 ummiehsan@erin
www.wasap.my/60178042509

17 Tips Pemakanan Persediaan Hamil


Jom kita kongsikan info dalam majalah PAMA ni...terima kasih majalah PAMA
“Pemakanan Persediaan Hamil”.. terus tergerak hati untuk berkongsi… sebab saya tahu, ramai teman-teman di luar sana, ada yang masih merancang, ada yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak..
Jom tengok apa PAMA beritahu mengenai 17 tips yang  sangat berguna untuk bakal ibu dan bakal ayah.
Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat! Jadi, adalah penting bagi anda dan suami untuk memastikan pemakanan yang diambil setiap hari adalah sihat. Ini adalah kerana, kesuburan sering dikait dengan amalan pemakanan yang sihat.
Tips Pemakanan Persediaan Hamil
1. Perbaiki gaya makanan
  • ambil makanan kurang lemak tetapi banyak serat
  • amalkan memakan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, yogurt dan keju setiap hari
  • kekurangan sumber nutrien dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid yang mengakibatkan anda sukar meramal hari subur
  • sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin C dan E, zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat
2. Ambil supplemen tambahan
  • pengambilan supplemen tambahan sangat disarankan
  • ini kerana, ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan
3. Makan asid folik
  • Pengambilannya terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida. 
  • Ia dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis
  • penting di ambil dalam tiga bulan pertama kehamilan
  • memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang untuk hamil
  • disarankan mengambil sekurang-kuranya 4mg sehari, sebulan sebelum merancang kehamilan
  • jika mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kecacatan saraf, anda dinasihatkan untuk mengambil asid folik dalam dos yang lebih tinggi (rujuk kepada doktor untuk jumlah dos)
  • merupakan vitamin larut air, jadi tubuh akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan
  • jika memasak sayur-sayuran yang kaya dengan folat, anda perlu menggunakan hanya sedikir air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air
4. Dapatkan berat badan yang ideal
  • mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus
  • perlu dilakukan agar kandungan anda tidak bermasalah
  • golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan
  • jika terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup berat badan atau kelahiran pramatang
  • bagi yang bersaiz besar, mulakan rutin senaman secara teratur dan cuba kurangkan berat badan setengah kilogram dalam tempoh seminggu
  • namun anda perlu ingat, penurunan berat badan secara drastik boleh mengakibatkan ovulasi tidak berlaku
5. Hindari tabiat buruk
  • tinggalkan tabiat meminum alkohol, pengambilan dadah dan ubat-ubatan melainkan dengan nasihat doktor
  • kurangkan pengambilan minuman berkafein
  • jauhi daripada perokok atau rokok, kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak
Pemakanan Isteri
Kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur. Jadi, ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan.
1. Asid Folik
  • boleh diperolei daripada sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan sitrus, kekacang, bijirin, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging  lembu, ikan salmon, ikan tuna, hati lembu dan hati ayam
2. Zat Besi dan Protein
  • Sayur bayam sangat kaya dengan zat besi. 
  • manakala untuk protein, anda boleh mengambilnya daripada makanan tenusu, telur dan soya
3. Makanan lain
  • Antara jenis makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge, kacang dal dan kacang botol
Diet Suami
1. Zink
  • Diet suami makanan mengandungi zink.. fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat
  • zink dapat membantu meningkat paras testoteron dan jumlah semen lelaki
  • jumlah keperluan harian adalah 11mg
  • makanan yang mengandungi zink ialah strawberi, kekacang, makanan laut, daging merah dan tiram
  • selain itu, terdapat juga vitamin yang mengandungi zink, antaranya asid amino, vitamin A, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, vitamin E dan folate
  • Jika suami mengambil supplemen zink, elakkan memakannya serentak bersama kalsium atau susu, kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh
2. Betik
  • ia mengandungi vitamin C, baik untuk meningkatkan kualiti sperma
  • baik untuk mengamalkan vitamin C bagi pengeluaran sperma yang sihat
  • nutrien asid folik, kalsium dan vitamin D baik untuk meningkatkan penghasilan sperma
3. Kopi 
  • dipercayai dapat meningkatkan keaktifan sperma
  • namun jangan diambil secara berlebihan
Perlu dielakkan
1. Kafein
  • menurut kajian Amerika, pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan kopi akan mengurangkan peluang anda untuk hamil sehingga 27% berbanding bukan peminum kopi
2. Alkohol
  • elakkan mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
  • di pihak suami, mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron
  • untuk jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi lemah
3. Rokok
  • Kajian Finland, mendapati 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul
  • malah, lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila berlaku ejakulasi
  • si perokok perlu berhenti untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil
4. Ikan mengandungi merkuri
  • terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi seperti jerung, todak dan makerel
  • merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung
  • amalkan makan ikan rendah kalori seperti salmon dan tuna
5. Makanan tertentu
  • daging yang diproses (daging dalam tin, rendang segera, daging salai)
  • sushi mentah
  • produk tenusu tidak dipasteur
  • berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang boleh mengakibatkan listeriosis
  • jangkitan ini boleh mengakibatkan keguguran dan kelahiran pramatang
  • pastikan makanan anda dipanaskan dengan betul bagi mengelakkan listeriosis
 

Tips Meransang Kehamilan & Supplemen Shaklee

Melihat keletah anak-anak, memang sangat menghiburkan..Mereka adalah penghibur di saat duka & menyenangkan hati di saat gundah.. Bila melihat wajah anak tersenyum, hilang segala masalah yang telah bermain di dalam fikiran.
Namun, tidak semua pasangan yang dah berkahwin, menjadi insan yang bertuah. Bertuah mendapat lucky draw ke? Bukan… Bertuah mendapat anak, bila sahaja mendirikan rumah tangga.. Bak kata orang, musim berbulan madu, tiada penghujung..sebab di dalam rumah, memang tinggal kita dan pasangan kita sahaja.. tanpa suara anak-anak, dan pasti terasa jugak kesunyiannya..
Kepada anda yang mengalami kesukaran untuk hamil, mungkin anda boleh mencuba beberapa tips di bawah.
1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neutral 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4 mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung. (Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-Complex mengandungi Asid Folik yang mencukupi).
2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.
3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil
8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).
9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit rangsangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha, memintalah kepada-Nya. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan:
(Al-Anbiyaa 089)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ
Yang bermaksud : “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkau jua sebaik yang mewarisi”
  • Hendaklah menjaga adab-adab ‘bersama’ dengan isteri
  • Memilih waktu yang sesuai. Disunatkan ‘bersama’ dengan isteri pada malam jumaat dan hari jumaat.
Supplemen Shaklee yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri :
1. Zinc Complex
  • Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif.
  • Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan
  • Istilah yang digunakan adalah ‘Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan.
  • Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm mobility).
  • Jadi, Zinc ni memang penting untuk kesuburan
2. Vita-Lea
  • Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi
  • Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.
  • Uniknya Vita-Lea @ multivitamin Shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh
3. B-Complex
  • Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon.
  • Uniknya vitamin B Shaklee kerana ianya turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
4. Vitamin E
  • Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita.
  • Uniknya, vitamin E Shaklee kerana turut mengandungi selenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan selenium.
  • Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron
5. GLA Complex
  • Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti
6. Alfalfa Complex
  • Membantu mengatasi rasa ‘sakit ketika bersama’, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. InsyaALLAH.
*** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat???
hubungi saya ummi ehsan @ erin : call@sms
@whatsapp www.wasap.my/0178042509