Wednesday, July 2, 2014

Promosi Vivix Shaklee Beli 6 Percuma 1

Berita baik untuk anda...

Promosi Vivix Shaklee Bulan Julai 2014



Jom jangan lepaskan peluang ini. Anda beli anda dapat faedah. Antaranya :

1. FREE MEMBERSHIP...dapat bonus lagi dari Shaklee dan boleh jana pendapatan bersama Shaklee

2. Dapat Minuman Campuran Botani serbaguna untuk kesihatan badan. Minuman yang sangat bagus dan terbaik kerana ia melindungi dan memperbaiki sel DNA kita, mengawal genetik dan melambatkan penuaan sel, serta membantu tingkatkan tenaga dalam sel badan kita.

3. Vivix Shaklee membantu memelihara dan menjaga kesihatan kita, Antaranya:
    a) Imunisasi Badan
    b) Kesihatan Jantung
    c) Kesihatan Sendi
    d) Kesihatan Otak
    e) Perlindungan Anti Oksida

4. Vivix Shaklee sesuai untuk penyakit tiga serangkai iaitu penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Sesuai dijadikan alternatif jika tidak mahu makan vitamin dalam bentuk pil.


ok...serba sedikit pasal vivix ya hehe...nanti ummi ehsan sambung lagi..Insyallah

Nak dapatkan Vivix Shaklee ? 

sms@whatsapp@ call : ummi ehsan@erin 0138782069

www.facebook.com/ummiehsanshop
    

Tuesday, July 1, 2014

Penyakit Darah Tinggi

Assalamualaikum @ salam sejahtera @ Salam 1Malaysia

Hari ni ummi ehsan nak share pasal penyakit darah tinggi. Jom kita baca sedikit petikan Artikel daripada sumber Utusan Online (www.utusan.com.my)

"MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi umur 30 tahun menghidap penyakit tersebut.


Di Malaysia, mungkin lebih enam juta golongan dewasa, terutamanya lelaki menghidap tekanan darah tinggi yang boleh berpunca daripada pelbagai faktor.

Terdapat faktor yang tidak boleh diubah seperti warisan genetik tetapi ada juga yang boleh diubah seperti kekerapan bersenam, merokok dan amalan pemakanan.

Tekanan darah tinggi juga menjadi antara punca utama kepada serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga kebutaan.

Walaupun mudah dikesan, masalah tekanan darah tinggi masih sukar dikesan berikutan tidak ramai yang mengambil berat mengenainya dan tidak memikirkan mereka menghadapi risiko menghidapinya.
Ini menyebabkan ada antara mereka yang hadir dengan komplikasi seperti masalah jantung atau buah pinggang apabila disahkan menghidap tekanan darah tinggi.

Klasifikasi

Tekanan darah mempunyai dua bacaan iaitu tekanan darah sistolik dan diastolik

      Tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi daripada diastolik.
      Tekanan darah optimum sistolik adalah 120 milimeter Merkuri (mmHg) ke bawah, 
      sementara diastolik pada 80 mmHg ke bawah (120/80 mmHg ke bawah).

Mereka yang mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih diklasifikasikan sebagai menghidap tekanan darah tinggi dan mungkin perlu mengambil ubat menurunkan tekanan darah, mengikut nasihat doktor.

Seperti juga diabetes, kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi akan menghidap penyakit berkenaan untuk seumur hidup mereka.

Sehingga kini, belum ada ubat yang boleh memulihkan sepenuhnya kedua-dua penyakit ini dan mengembalikan tahap kesihatan pesakit kepada normal.

Bagaimanapun, penghidap tekanan darah tinggi yang dikesan awal dengan tekanan di bawah 139/89 mmHg, dikenali sebagai prahipertensi, boleh diberikan rawatan awal menggunakan ubat atau mengubah cara hidup dan mengembalikan tekanan darah kepada normal.

Pengesanan dan rawatan awal ini dapat mengelakkan pesakit menghidap tekanan darah tinggi untuk seumur hidup mereka. 

Implikasi

Antara yang paling dikhuatiri berlaku kepada penghidap tekanan darah tinggi adalah kerosakan kepada buah pinggang, jantung, otak dan mata.

Kesemua ini berlaku dalam jangka panjang jika tekanan darah tidak dikawal sehingga jantung menjadi tebal dan semakin besar, serangan jantung serta strok.

Kualiti hidup pesakit juga pasti menurun jika terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis selepas buah pinggang mereka rosak akibat tekanan darah tidak dikawal.  

* Dalam usaha meningkatkan keberkesanan kawalan tekanan darah tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hipertensi Malaysia telah mengemaskini Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk rawatan penyakit tersebut. Kali terakhir CPG ini dikemaskini adalah pada 2002.

CPG yang telah dikemaskini ini boleh diperolehi melalui laman web www.msh.org.my atau www.darahtinggi.com. "

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz36CebLau9
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kesimpulannya, kita mesti selalu membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan badan kita dan amalkan pemakanan serta cara hidup sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati.