Thursday, June 12, 2014

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Keputihan

Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu dan keluar dari faraj wanita. Keputihan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita. Keputihan adalah masalah kedua wanita selepas haid.
Jom kita kenal pasti apa Punca Dan Cara Mengatasi Keputihan.

Punca Keputihan
Kebiasaanya keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti ia tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku, berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj, itu menandakan berlakunya jangkitan.

Keputihan atau lendir dari faraj berubah akibat perubahan hormon,  perubahan mental, jangkitan, alah pada ubat-ubatan atau disebabkan penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang diengaruhi oleh hormon. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid. Wanita yang terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Simptom Keputihan
Simptom keputihan hanya sekadar lelehan keputihan yang berlendir, seolah berbuih, melekit, bewarna serta berbau. Tetapi berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda ini:
  • Mengalami masalah kegatalan pada faraj
  • Tidak selesa apabila ‘bersama’ suami
  • Perlu memakai panty liner setiap hari
Jika terdapat pengeluaran yang disertai nanah, berbau busuk, berwarna seperti krim (kekuningan) dan sedikit kehijauan, ia boleh disifatkan sebagai kes yang perlu diberi perhatian dan memerlukan rawatan dengan kadar segera.

Antara Penyebab Keputihan
  • Vaginitis Atropik – Yang timbul di waktu usia lanjut (menapouse) yang pada kebiasaanya disertai rasa nyilu kerana kekurangan hormon estrogen
  • Pengambilan ubat – Contohnya seperti antibiotik iaitu ubat yang mengandungi estrogen
  • Kehadiran benda asing – Seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja dalam badan

Langkah Penjagaan
  • Jaga kebersihan bahagian sulit
  • Tidak menggunakan ubat untuk membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan.
  • Elakkan tekanan berlebihan
  • Bersihkan vagina dengan cara yang betul iaitu dengan membilas vagina dari arah depan ke belakang
  • Gunakan seluar dalam yang kering. Jika basah atau lembab, gantikan dengan yang bersih.
  • Keringkan bahagian vagina sebelum memakai seluar dalam
  • Ketika haid, kerap gantikan tuala wanita
  • Lakukan gaya hidup sihat dengan senaman dan menjaga pola pemakanan dengan betul.

ALFALFA membantu Mengatasi Keputihan





Alfalfa Boleh Merawat Keputihan


Berminat nak mencuba? jom dapatkan daripada ummi ehsan : 0138782069

✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS & KONSULTASI PERCUMA